Owh! Basikal...
Bebudak suka basikal kan?.. Seingat aku kecik-kecik dulu kat kampung pun memang suka berbasikal. Habis satu kampung aku sukat. Tak cukup kampung sendiri, sukat kg sebelah pulak.
Namun atas peredaran masa dan teknologi yang melanda aku dah tak hirau dengan basikal lagi dah. Bila menganjak ke alam remaja kenai motor pulak, dah jadi minah rempit pulakkk..haduii kesian mak-ayah aku.. mesti penin ngan aku kan.. kesiannnn mak hu huhu..
pastu dah kawin encik suami bagi kereta pulak..lagilah lupa terus kat basikal.. sehinggalah ada anak sendiri. Hero pulak tu dua orang..maka jadinya akulah seorang permaisuri dalam rumah ni..
dan seperti dahulu kala di mana aku membesar dengan anak² saudara lelaki, maka perangai pun tak ubah macam lelaki kan? dan sekarang berulang lagi sejarah itu, hidup dikelilingi lelaki lagi...maka jadilah balik perangai lelaki itu..kui kui kui..
Seronok bukan main dapat basikal baru..
Kata seorang tokoh basikal, hambik kau tokoh basikal dapat gelaran ki ki ki : iaitu Dato' Hasan Nawawi (Yang berpengalaman berbasikal mengelilingi dunia (4 Januari 2001- 27 Januari 2002) ;
1) "Berkayuh basikal menguatkan otot-otot terutama, kaki, betis, paha, lengan dan menggempalkan badan."
2) "Berbasikal ialah cara exercise murah yang tidak perlu kepada
perbelanjaan yang mahal dan tidak perlu kepada tempat khusus, bila-bila
boleh dilakukan, asal ada ruang dan jalan"
3) "Dengan berbasikal dapat menjaga badan, mengelak dari darah tinggi dan kolesterol,"
4) "Dengan mengamalkan berbasikal, kita tidak perlu
menyediakan peruntukan kewangan untuk membeli ubat bagi mengelak dari
kegemukan dan berbagai penyakit. Tubuh kita normal sihat dan slim secara
asli,"
5) Orang yang berbasikal tak nyanyuk!..emm mungkin ada kebenarannya. Ayah aku pun kuat berbasikal. Skg walaupun berusia 83 tahun dan keadaan sedikit uzur tapi otak memang 'A' tak nyanyuk langsung !!
Hmm.. tak sabar nak tunggu basikal sendiri nih !...
No comments:
Post a Comment