Apa Amy Buat Hari Ni yer ??
Setiap hari ada saja kerja Amy kan ?.. Amy suka sesuatu yang melibatkan kerja seni.. tak kiralah seni memasak, menjahit, melukis, bermain muzik dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tiap gerakerja, Amy harap ianya akan beroleh amal. Beri kegembiraan pada hati Amy dan bermanfaat kepada manusia lain. Amy akan cuba memuatkan pelbagai hasilkerja Amy untuk dikongsi bersama...
Saturday, July 19, 2014
Durian Crepe
Assalamualaikum.. salam sahur..
Harini nak cerita pasai durian crepe..tetiba kena masak durian crepe di bulan puasa ni.. hati sangat beratt rasanya. Bukan kerana malas tapi kerana tak brapa suka dengan bau durian..kut saja saja nk buat mmg idok le teman ye.. ni pasey hey orang mengidam nk makan.. ku gagahi jua. Aku tau ramai yang suka durian crepe ni termasuk le my x-boss encik kamaruzzaman kamari..ingat pulak kat dia!.. dan oleh kerana itu.. aku kasi la resepi kat blog aku ini...supaya korang boleh buat sendiri..dan terpenting sekali korang tak mendera aku lagi.. huhu.. ok mola mola kita kasi tengok dulu itu durian crepe punya picture lah..
Kemudian kita kasi tengok itu resepi nyeee ..resepi ringkas.mudah.dan.sedap (ceh! Angkat bakul punya Ami.. muahaha)
Bahan2nya :
- Durian.. buang bijinya dan lecekkan sedikit dengan sudu..kut nk ramas ngan tangan pun suka ati korang la bukan Ami nampak pun kan hehe
- Whipping cream - Ami guna 1/2 kotak je
250gm tepung gandum
2 biji telur saiz B
500 ml santan (Ami guna santan khalis. Ia sgt pekat..Ami ambil santan 250ml campur dengan air panas 250 ml) tapi boleh je guna santan apa pun.. insya Allah jadik. *1
1/2 susu teh garam.
1 sudu besar minyak masak.
pewarna kuning.
Caranya :
- keluarkan whipping cream dari peti ais. Biarkan ia separuh cair *2
- mix kan whipping cream sehingga ia menjadi kental *3
- simpan balik dlm peti ais.
- Masukkan semua bahan ke dlm blender dan bled sampai sebati.
- tapis ke dalam bekas.
- Panaskan kuali non stick dgn api sederhana.
- Masukkan bancuhan tadi ke dalam kuali yg tlh panas(sendukkan). JANGAN GATAI NAK SAPU MINYAK ye.. nanti crepe tu tak cantik..menggerutu.
- Sejukkan sekejap crepe tu sbb kalo panas nk buat dah tak dan dan tergedik gedik maka whipping korang akan cair.. jgn habaq kata tak jadi lepaih ni na..aku pukui korang.. (ewah garang tak bertempat pulak ye)
- ok lepas tu letaklah whipping tu atas crepe.
- kemudian ambil isi durian yang tlh dilecek tu lebih kuran 1/2 sudu besar letak atas whipping tu.
- lapiskan sekali lagi dengan whipping cream.
- lipat le crepe
- dah siap
- simpan dalam peti ais sekejap supaya shipping tu mengeras sedikit.
- ngap le tunggu apa lagi..ops!puasa..mlm karang ye..
PETUA DAPUR AMI
*1 - Santan jgn pekat sangat nnt crepe tu akan merekah dan pecah semasa melipat.
*2 - whipping cream ni sensitif. Kalo dia sejuk pun kita mix dia tak jadi. Kalo dia dah cair sangat pun kita mix dia taknak jadi kental. So..sedang sedang saja. Bila keluarkan dari tempat simpanan biasa nya tempat sejuk bekukan..biarkan dia cair dengan sendirinya pada suhu bilik selama 1/2 jam atau 45 minit. Goncangkan kotak dan tuang dlm bekas.. tengok kut dia ada ketulan lagi biar lagi beberapa minit. Agak dah cair pegang bawah bekas..biar dia rasa sejuk dan mulalah mix. Kalo tak sejuk dah bekas tu bahagian bawah dia masukkan balik dalam peti ais bahagian sejukbeku tu 5 minit.
Ami selalu guna whipping ni..
*3 - kental yang Ami maksudkan adalah seperti ini.
*4 - ok last petua Ami ialah.. bancuhan atau resepi ini adalah juga sangat sesuai untuk dibuat ketayap atau setengah2 org panggil kueh gulung...
selamt mencuba..resepi ikhlas dari hati Ami
Tuesday, July 1, 2014
Nostalgia Cucur Udang Mak Teh
Ramadhan datang lagi.. gembira rasa hati.. dapat berpuasa bersama suami dan anak2. Dalam kegembiraan itu hati terkenang jua akan arwah mak.. tiada lagi air tangan mak untuk iftar.. Allah hu Akbar.. Tuhan lebih sayangkan mak.. al fatihah untuk mak dan pak juga abg jak.. dan oleh kerana kenangan ramadhan itu menggamit.. aku buatkan untuk anak dan suami
.. Cucur Udang Mak Teh... jadik la.. sama mcm mak buat... alhamdulillah..
Aku namakan cucur udang mak teh.. sebab arwah mak aku orang panggil dia Teh ..
Bahannya
300 gm udang basah
1 cwn tepung gandum
100 gm Kucai ( aku agak je sebenarnya hehe.. letakla byk mana pun takdak hai aih
..tapi jgn la se kilo pulak kan)
200 gm taugeh
1 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
1 sudu besar air kapur
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
Caranya..
1. Bersihkan udang. Buang segala kulit.kaki ekor dan janggut dia. Gaulkan dgn sedikit garam. Letak 3 sudu besar air dan rebus sekejap. Bila nampak udang dah masak kesemuanya tutup api dan ketepikan.
2. Potong kucai dan hiris bawang.
3. Satukan kucai, bawang, taugeh dalam satu bekas. Masukkan tepung, garam dan gula. Gaulkan tepung dan bahan tersebut. Jangan masukkan air.
4. Bila tepung dan rata dgn kucai dan taugeh serta bawang masukkan udang yg direbus tadi.
5. Masukkan air kapur dan 3 sudu besar air panas. Biarkan 15 minit.
6. Panaskan kuali dan goreng le..sampai garing.
7. Toskan minyak dan ngap le tunggu apa lagi..
untus sos yang pedas masam manis
Bahannya :
2 sudu besar pes cili kering / cili boh pun boleh je
3 ulas bawang putih..
2 sudu besar cuka makan
garam
gula
msg (kalao suka la )
2 sedu besar minyak utk menumis
1/2 cwn air
Caranya;
Panaskan kuali dan minyak.
tumis bawang putih. Bila dah garing masukkan cuka. Awas anda akan bersin "haccumm!" Hehe.. kemudian masukkan pes cili.
Kacau2 le sampai garing. Masukkan air, garam dan gula.. biar mendidih dan sebati.. dah sizp boleh la cicah dgn cucuq udang tadi..
selamat mencuba..
Tuesday, June 24, 2014
Bihun Ketam
Malas pulak nk taip resepi... tah apa2 Amy ni kan.. si buchuk nak mintak tolong ajar kerja sekolah.. so esoklah Amy kasi resepi ek!..
Saturday, June 14, 2014
KAREMEL CHEESE
Salam malam Ahad..
Aku terlebih rajin harini.. terasa rasa nk makan karemel cheese..
Sedap oooo... jom try masak.. senang giler resepinya..
Bahannya ialah
Bahan A
2 sudu besar gula pasir
Bahan B
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat manis / creamer
6 biji telur
200 gm cream cheese
1 sudu teh asen vanilla
caranya
Letak Bahan A iaitu gula .. dlm loyang.
Panaskan loyang dgn api perlahan hingga sedikit keperangan. Jgn hangus tau!
Ketepikan. Biar dia sejuk.
sambil tu dlm bekas yg lain,
mix Bahan B sehingga kembang.
masukkan bahan B ke atas Bahan A.
kukus 50 minit atau sehingga masak..
selamat mencuba
Nota : letak dlm peti ais jap... lagi sedap!!
Saturday, May 31, 2014
Salam pagi ahad yang ceria. Alhamdulillah hidup saya tiada kebosanan..tidak juga gembira keterlaluan..setiap detik in sya Allah akan terisi..Tuhan kurniakan kesihatan yang baik..juga keluarga yang baik.. persekitaran yang baik. Walaupun ada yang mengguris hati saya..saya anggap itu ujian Allah untuk saya..in sya Allah Tuhan itu Maha mengetahui apa yg terbaik untuk hambanya.
Entry saya pagi ni tak lah hebat sangat..resepi ini pun saya ambik dari internet juga.. terima kasih kpd #cekelatDaim ..resepi ni mmg sedap. Walau bagaimanapun biasa la saya kan.. selalu buat penderhakaan hehe .. jom ! Layan resepi..
Bahan:
Sediakan pengukus dan masaklah air di dalamnya terlebih dulu..
Dalam loyang 9",cairkan 2 sudu besar gula.. atas api yg sederhana(saya letak 4..hehe derhaka). Ratakan permukaan loyang. Sejukkan.
KARAMEL
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
3 biji kuning telur
Sedikit esen vanila
Putar sampai sebati. Tuang dlm loyang yg berisi gula hangus tadi dan kukus 20 minit.
KEK COKLAT
1 cwn susu pekat( sy letak 1/2 je tu pun lidah sy rasa manis sangat)
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
1 cwn gula
1 cwn serbuk koko
Semua bhn ini masukkan dlm periuk dan kacau sebati atas api yg perlahan 3-4 minit.
4 biji telur diblend.
1 cwn tepung gandum diayak bersama 1 sk sodabokarbonat dan 1 sk baking powder ( sy mls nk ayak sy letak 1 cwn tepung naik sendiri muahaha)..
Selepas itu masukkan bhn yg tepung ke dlm coklat selang seli dgn telur. Kacau sebati dan tuang ke atas karamel tadi..(awas! Tuang guna senduk ye..perlahan2 kang rosak karamel tu) dan kukus selama 40 minit..
Selamat mencuba..!

Monday, November 11, 2013
KEK KAWIN - ORDER DARI PUAN ZAKIAH GHANI
Malasnya nak taip nih..letihnya, letak gambar jelah kan?. Kek ni Puan Zakiah Ghani yang order untuk Majlis Perkahwinan adik iparnya..aku lupa nak upload ari tu..lupa campur tak dan..
Ni wana peberat aku ni macam sayang je nak jual cis, apa la perangai aku hik hik |
SPESIFIKASI KEK
Kek : Coklat Moist
Ceam : Fresh
Deco : Fresh cream
HARGA SEMASA : RM 180.00
KEK KAWIN LAGI
Lama tak upload entry kek kawin, walaupun banyak yang telah dikahwinkan kek itu, nak buat mcm mana, tak dan orang kedah kata, sibuk memacam hai..
Jadi atas kesempatan masa yang sedikit ini aku letak le gambor yer, beserta harga sekali. Harga ni setakat Oktober, 2013 sebelum naiknya harga minyak petrol dan gula, bila dah naik aku terpaksa la naikkan harga kek kuk ni yer huhuhu, sangat mendukacitakan.
Walau bagaimanapun, boleh la ex-jas ikut kemampuan .. in syaa Allah !..
Ni kek Kawin VV..
HARGA SEMASA : RM 270.00
Spesifikasi Kek
Tingkat atas : Kek Marble coklat Vanila
Tingkat Bawah : Coklat Moist
Cream : Fresh Cream
Deco : Fresh Flower ( Owl dua ekor tu Pengantin punya tau )
Subscribe to:
Posts (Atom)
Harga Kek , Cupcake & Coklat
Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-
KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *
Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *
( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
CUPCAKE & COKLAT
Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..
Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

Provided by website-hit-counters.com site. |